11 May 2010

Trip Klanang II..


Salam Pancingan..

Lepas Trip Klanang I yang agak Kumpau tu, kami pun (VAT geng dan lain2) buat Trip repeat atas ketidakpuashatian kerana ketidakbanyaknya ikan untuk Trip tu..Trip kedua ni guna bot yang sama beserta tekong dan awak2 yang sama..Kami cuma berlapan je kali ni..

Gambar ni menunjukkan PakBarau sedang berborak sakan dengan kawan2 baru yang join Trip Klanang II ni..Nun di kejauhan nampak Bukit Jugra yang tersergam gagah..

Nampak tak Mamat yang pakai Baju Kelabu tu?Saya x tau nama dia tapi PakBarau panggil Panjang je..Rasanya dia baru kali pertama join Trip ke Laut kot sebab lepas je Bot melabuhkan Sauh, mancing kejap then dia dah pening2..Dalam sejam lepas tu apa lagi, muntah2 ler beb..Trip ke laut memang biasa kalau orang mabuk laut..Alhamdulillah saya setakat ni ok lagi lah..X tau lah akan datang..Apa pun jangan Cakap Besar dan Riak Takabur..Nanti dapat balasan Cash..Hehehehe..

Apa yang menariknya Trip kali ni disertai oleh Abg Angkat saya En Anuar yang didatangkan khas dari Puchong..Hehehehe..Dia ni bekas Nelayan selama 7 tahun di Kelantan and then atas sebab2 tertentu dia berenti jadi Nelayan dan masuk Arena Perkilangan..Skang still lagi keje kat Kilang..Anak dah 6 ni..

Macam Trip Klanang I, Trip Klanang II ni pun Kumpau jugak..Dah sehabis daya mencuba tapi takdok hasil yang besar mahupun banyak..Lepas Trip ni saya dah tak turun mancing di Laut area Klanang naik bot..Tak syok le mancing takde ikan tapi sebenarnya itu atas pada Rejeki..Kalau dah memang takde Rejeki, buat lah macam mana pun memang tak dapat..Kalau time tu diturunkan-NYA Rejeki (sebutan Jawa) yang melimpah ruah, tak larat nak mancing dah beb..Lenguh tangan..Huhuhuhu..

0 comments: