09 May 2010

Pantai Klanang Dihatiku..


Salam Sejahtera & Selamat Membaca..

Pagi ni nak cerita tentang Pantai Klanang yang terletak 10km dari bandar Banting..Sebenarnya Pantai Klanang ni bersebelahan je dengan Pantai Morib cuma kurang terkenal sebab nak ke Pantai Klanang ni kena masuk dalam sikit sedangkan Pantai Morib tepi jalan je..Bagi orang2 area Banting memang lebih suka ke Pantai Klanang sebab tempatnya tak kurang cantiknya jika dibandingkan dengan Pantai Morib..

 Pantai Klanang ada 3 bahagian melalui pengamatan dan pandangan saya..

1.Jeti Klanang tempat nelayan mendaratkan ikan dan parking bot..
2.Pantai Klanang yang tersedia kemudahan seperti Surau, Wash Room, Gerai2 Makan dan Gerai2 Jualan..
3.Pantai Klanang area Tongkah tempat mencari SeaFood mcm Remis, Pepahat, Kemudi Kapal,Ketam dan lain2..


Semua gambar yang ada ni adalah di bahagian yang ke 3..Sebab saya banyak ambil gambar kat sini adalah kerana inilah tempat saya menyungkur Udang dan Ketam..


 Dulu ada sorang nelayan parking bot kat sini..Atas nasihat Jabatan Perikanan maka dia dah pindah ke Jeti Tongkah, 1km dari pantai ni..Pantai Klanang ni agak landai..Kalau air pasang besar, airnya suruh hampir 500 meter!!..Sebab tu Udang banyak kat sini..Hehehehe..


Kalau perasan kat hujung tu ada 4 orang tengah menyungkur..Hasil kat sini ikut pada musim..Kebiasaannya bulan March sampai May tiap2 tahun, Udang agak banyak diikuti dengan Ketam dari bulan May hingga Julai..Ini base on pengalaman saya lah..Kalau salah mintak maap le ye..


Kat Pantai Klanang ni banyak remis macam dalam gambar tu..Sedap kalau buat Masak Pedas ke Tumis ke cuma yang lecehnya Remis ni kecik je so kena banyak baru puas makan..Paling besar pun, sama dengan ibu jari tangan saya je..


Gambar bertarikh 27.12.2009 ni saya ambil masa seorang Nelayan part time kutip Ketam pada jaring yang dipasang..Dapat  5kg jugak Ketam..Kalau kena musim dan rezeki baik, boleh cecah sampai 15kg sehari semalam (2 kali kutip/pasang~surut)..





 Ni hasil saya menyungkur pada 31.12.2009..
Alhamdulillah Peti Ais saya dalam tahun 2009 tak pernah kosong..Mesti ada je hasil dari aktiviti menyungkur ke, mancing mahupun mejala..Selalu memang dapat banyak so, saya agih2kan pada staff tmpt keje atau jiran2..


Ni dah takde keje lah ni..Saje posing dengan Ketam sebelum Ketam tu masuk dalam kuali jadi Ketam Celup Tepung..Hehehehe..



Ni salah seorang Nelayan patrt time dengan hasil yang disungkur..Kebanyakkan orang kat sini cari hasil laut lebih kepada untuk sendiri je..Tak ramai yang buat Nelayan jadi profession tetap..Kalau korang dah biasa makan hasil laut yang fresh tambah2 yang cari sendiri, saya gerenti lepas tu dah tak nak pegi Pasar..Lain rasanya..Cubalah..


 Sebelum mengakhiri posting kali ni, saya lampirkan gambar rumah Nelayan Pantai tempat saya menyungkur..Diorang ni memang baik2 dan tak kedekut ilmu..Didoakan agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki atas usaha yang dilakukan..Jumpa di posting akan datang..Salam

0 comments: