06 May 2010

Menyungkur..


Post ni nak citer pasal menyungkuq (loghat utara)..Kalau di Indonesia ada gelaran dinamakan nelayan sondong yang sama caranya dengan menyungkuq..Menyungkuq ni adalah proses @ cara menangkap / menyauk / menangguk udang yang saya buat di Pantai Klanang (Banting)..Masa mula2 tukar keje memang ekonomi merudum agak teruk so nak survive kena lah cari lauk sendiri..Huhuhuhu..

 Ni cara nak bawak sungkur tu dari rumah ke pantai (memamg pic moto saya tu)..Selalu simpan kat pantai je tapi kadang2 if nak repair atau rasa macam tak selamat, saya bawak balik..Memang nampak agak susah nak bawak tapi untuk first time je..Lepas dah biasa ok lah..Better kalau lalu jalan dalam untuk ke pantai sebab kurang kenderaan lalu-lalang untuk keselamatan..

Ni lah rupa sungkur tu bila dah dibuka..Saya takde amik picnya so ada beberapa blog yang ada gambar sungkur yang saya cilok..Hopefully tuan punya blog tak marah sebab saya tak buang stamp nama blog pada pic tu..Berat sungkur selalunya dalam 5kg je tapi bergantung jugak kepada jenis jaring dan alatan lain yang dipakai..Bukaan hujung sungkur tu memadai if 16 kaki je..Kalau lebih nanti susah nak sungkur (berat & panjang)..

  Selalunya menyukur ni akan dilakukan apabila air baru nak surut sebab masa ni Udang & Ketam akan berkumpul di Paloh2 (tempat laluan air surut)..Sape2 yang dah biasa menyungkur tu memang tau lah Paloh mana yang terbaik kat satu2 tempat tu..Kalau tak pandai memang susah sebab if silap sungkur pada Beting (kawasan cetek) maka hasilnya takda dan nasib tak baik, sungkur penuh dengan Ketam Pasir (x bleh makan) yang memang susah nak dibuang dari jaring..Penah sekali tu saya dapat sampai 24 ekor Ketam Pasir..Penat membuang Ketam tu dari jaring sebab cengkaman Ketam tu sangat kuat..
Menyungkur kena tengok angin jugak..Kalau silap teknik angkat sungkur, alamatnya sungkur tu akan terlangkup pada kita..Sudahnya semua udang2 dan hasil2 yang kita dapat tu tercampak keluar..
Lebih malang kalau ada ikan Duri ke Sembilang ke kat dalam tu..Sapa yang penah kena sengat tau lah peritnya mcm mana..Ada sekali tu saya kena tusukan sengat ikan Duri pada tapak tangan..Setengah jam kebas tangan tengah2 pantai tu x bleh buat apa2..Paling orang takut kalau kena ikan Sembilang atau Pari..Bisanya boleh bawa maut..So hati2 selalu..*Kalau tak salah Steve Irwin (Crocodile Hunter) tu mati sebab kena sengat ikan Pari kan..
Menyungkur ni kena sabar dan pelan2 mahirkan diri..Kalau silap teknik tolak, macam2 boleh jadi..Kasut sungkur (sabut kelapa atau plastik) boleh tercabut, buluh boleh patah atau tersangkut pada reba/kayu/apa2 yang boleh mengoyakkan jaring sungkur..Saya pun ambil masa 3 bulan untuk betul2 boleh menyungkur..Saya banyak belajar dengan Wak2 kat area Banting ni cara2 paling baik menyungkur terutamanya pada Wak Salim (saya gelar dia SUNGKURMAN) yang memang otai menyungkur..Rekod paling banyak dia dapat pada bulan March 2009..Bayangkan hanya 4 jam menyungkur dia dapat 21.5kg udang sahaja..Itu tak termasuk Ketam dan anak2 ikan..Memang lumayan..
Nak menyungkur kena ada banyak jugak peralatan..Antaranya..

1.Sungkur (Alatan utama dalam proses menyungkur)
2.Icebox,Kotak ikan atau macam dalam gambar ni untuk simpan hasil tangkapan (Ikut kreativiti)
3.Sarung tangan (Elak kena duri/sengat ikan dan obor2)
4.Player (Nak patahkan duri ikan atau kaki ketam)
5.Topi (Elakkan panas/sun burn)
6.Geta/tali spare (In case sungkur koyak ke tercabut ke)
7.Air mineral (Memang kena bawak sebab sungkur dalam 3~5 jam)
8.Pakaian lengkap (Baju lengan panjang, kasut getah dan lain2)

Rasanya itu je yang saya selalu bawak..Tapi kalau ada orang lain bawak macam2 lagi itu atas pada kehendak dan keperluan masing2 lah..Sungkur kalau dapat banyak Udang & Ketam selalunya saya jual..Bawak balik dalam 1 kilo je..Banyak2 sapa nak makan kan..Kalau peraih amik Udang dalam Rm 7~8/kilo..Ketam pulak Rm5~6/kilo..Kalau jual pada individu Udang dalam Rm10/kilo dan Ketam dalam RM6/kilo..Bayangkanlah kalau dapat 10kg udang..Lauk dapat, untung duit pun dapat..Hehehehehe..*Rekod peribadi saya menyungkur pada bulan March 2009..Udang je dapat 9.8kg (Kira Novis lagi ni if nak bandingkan dengan Wak Salim~SUGKURMAN yang dah Expert tu)..

Ni gambar hasil saya pegi menyungkur pada 13.03.2009..Udang je dapat dalam 4.5kg..Hasil kali ni tak jual sebab saya agih2kan pada jiran2..Pada sapa2 yang nak tau lebih lanjut, email saya atau post komen dalam ni..Nak turun Banting cuba menyungkur pun boleh..Salam sungkur pada post kali ini..Sekian..

4 comments:

PCL said...

teringat bila sungkur telungkup kat muka aku..hahaha, habeh udang telopeh!

ALoNgFaiSaL said...

Hahahaha..Tau takpa..Tu pengalaman hidup tu..Bukan semua orang dapat rasa sungkur terlungkup kat muka mcm kita..Hehehehe

syazwan said...

nt nk g menyungkuq leh la ajk aku..

ALoNgFaiSaL said...

Bleh Wan takde hal punyo..Nanti aku pi aku ajak hang..Dah lama pencen ni..Huhuhuhu..