04 May 2010

Salam Permulaan..


Salam..

Sebenarnya macam malas nak buat blog sebab bila dah buat, kalau tak update macam tak lengkap..Kalau tak buat tak syok lah pulak sebab tak boleh nak kongsi pengalaman dengan orang lain..So nak tak nak maka lahirlah blog JoR@n B@mBu ni....

Satu lagi sebab kenapa blog ni lahir adalah kerana memenuhi permintaan sahabat baik sepancing saya Wak Meran..Ada beberapa trip memancing yang kami dah pergi bersama dari casting haruan sampai lah ke trip Pintu Gedong (Klang) yang memang terkenal dengan pari yang bagak2..Ada jugak dengar cerita bulan April yang lepas sorang kaki pancing dari Sijangkang naikkan pari 50kg..Terkesima kejap memikirkan layanan henjutan dari pari yang bagak tersebut..Wow....

Masa mula2 nak buat blog ni macam2 nama yang difikirkan..Kebanyakkannya dah bertuan tapi malangnya banyak blog2 yang hanya sekadar didaftar tanpa ada apa2 posting..Harap2 tuan2 punya blog tu posting le apa2 pun ya..Tak pun unregister je blog tu..Boleh orang lain yang minat nak ada blog guna kan....

So rasanya ni perenggan terakhir lah kot..Actually nak buat blog ni lebih kepada gambar2 sebab kata orang putih "Seeing Is Believing"..Harap2 dapatlah lepas ni sapa2 yang view blog ni bagi komen ke, info ke, ilmu ke,tips ke atau apa2 yang berkaitan dengan dunia pancing..Akhir kata, salam permulaan dari hamba yang serba daif lagi baru belajar ini....  



Penat ni nak mancing macam ni..Lenguh bontot nunggu ikan makan..Apa pun ni lah salah satu pencarian rezeki..


Sape2 yang rasa otai dan hero bolehlah cuba skill ni..Memang berbaloi2 kalau dapat sekor paus 2 tan buat lauk..Hehehehe..

0 comments: