11 May 2010

Trip Klanang I..


Salam kepada semua..

Macam Kaki Pancing yang lain, tak sah kalau tak buat trip dengan kawan2..Ni trip March 2008 yang dianjurkan oleh Volvo Angler's Team (VAT) di Pantai Klanang..Mula2 tak kenal sangat Abg Volvo's kita tu masa dalam trip..Lepas habis trip surf internet rupanya famous jugak VAT dan Abg Volvo's dalam Dunia Kaki Pancing..Apa pun tahniah pada beliau dan teruskan menjadi Kaki Pancing..Hehehehe..

Saje amik pic depan kete sape tah sebelum naik bot..Rasanya gambar ni amik masa baru je sampai kat Jeti Klanang..

Ni gambar dengan Wak Parjo lepas unload barang dari dalam kereta..Wak Parjo sempat sms "orang rumah" bagi tau dah sampai Jeti..Hikhikhik..
Gambar sekitar tempat parking bot di Jeti Klanang..

Ha ni gambar nak tunjuk jalan keluar ke muara sungai sebelum ke laut..Banyak parking bot yang kosong sebab Nelayan turun menangkap ikan..

Tengok bot banyak2 ni teringin pulak nak ada bot sendiri..Dapat bot 24kaki bergandingan dengan enjin sangkut 40Hp ke jadi lah kan..Bleh pegi memancing dalam 4 ke 5 orang satu bot..Adakah akan jadi kenyataan??..Tungguuuuuu..

Amik gambar dengan Abg Hairul lepas dah siap loadkan semua barang2 ke dalam bot..
Ni 2 orang lagi ahli trip kali ni..Maap le saya lupa nama kedua2nya..Bot ni agak besar dan ada kabin kat bawah..Kat atas pun boleh naik untuk memancing ikut tangga dalam pic tu..Trip ni kami pergi 10 orang campur dengan tekong dan awak2 sorang so jadi 12 lah..

Ni orang kuat Trip kali ni..Abang A't aka PakBarau (ingat2 lupa nama samaran tu..hehehe)..PakBarau ni salah seorang anggota VAT..Dulu keje sekali and skang ni katanya dah keje kat PutraJaya..Sy x pasti sebab dah lost contact..

Ambil gambar ni di belakang bot..Tu bukit yang tersergam indah tu nama dia Bukit Jugra..Satu2nya Bukit yang agak tinggi yang ada kat area Banting ni..Yang lain kecik2 je..Atas bukit tu ada Rumah Api yang macam biasa kegunaannya adalah untuk membantu orang dilaut untuk ke darat atau menentukan kedudukan..Tapi skang dah pakai GPS so lebih tepat nak tentukan kedudukan walaupun takde Rumah Api..Bukit Jugra tu jugak famous dengan program Paragliding sampai ke peringkat dunia..Nak tau lancut check kat sini ya..

Hah ini lah dia otai2 dari VAT..Pok Ya, Volvo`s dan Ehehehehe (lupa nama dah)..Diorang memang terror lah pasal mancing2 ni especially memancing di laut..Kalau nak tau lanjut pasal VAT korang klick kat link nama VAT di atas sekali tu ok..

Mesti korang pelik kan..Mana pulak gambar ikan ni..Kata pegi mancing ikan di laut..Trip kali ni agak Kumpau (takde rejeki)..Hehehehehe..Dapat ikan sket dan kecik2 je..Ni gambar Sotong yang berjaya di Candat..Sotong pun dapat 15 ekor je dah tu separuh telah berjaya dijadikan Umpan..Hehehehe..
Even tak dapat banyak ikan tapi best lah sebab kenal kawan2 baru..Sebelum end up post ni saje nak bagi tau yang Trip kali ni Wak Parjo jadi Hero sebab dia je naikkan ikan besar iaitu Kacang (Alu2 @ Barracuda) 4.2kg..Till next time..Daa..

0 comments: