13 May 2010

Casting Haruan..


Salam casting..

Dah lama sebenarnya saya ni minat memancing..Darjah 2 dah mancing kat Paya belakang rumah..Umpannya nasi dan mata kailnya sangat special..Pakai Dawai Kokot (Stepler)..Huhuhuhu..Dapat jugak anak2 ikan lampam dan puyu..So posting kali ni seperti biasa berkaitan dengan minat saya dalam Arena Kaki Pancing..

Casting ikan Haruan memang sangat2 popular bagi Kaki Pancing ikan darat terutamanya pada kaum Cina..Memang yang Otai2 kat tempat saya ni pun orang Cina..Yang bestnya ikan Haruan ni kat ceruk mana pun ada..Ketahanan dia memang superb..Pernah saya bawak ikan Haruan dari Sungai Petani ke Shahalam..5 jam tu dengan air yang sangat sedikit tapi still ikan Haruan tu berenang dengan gagah bila dilepaskan dalam air..Kat atas ni gambar port ikan Haruan saya..Port ni memang best dan ramai Kaki Pancing layan Casting kat sini..Rekod saya kat sini 920gram aje..Ade yang cakap seseorang penah dapat ikan Haruan cecah sampai 3.2kg kat sini..Betul lah kot..

Korang mesti pelik kan..Ni sapa lah pulak..Ni Wak Meran, orang yang bertanggugjawab memperkenalkan port Haruan ni pada saya..Ha tengok gaya dia Casting tu..Siap pakai Safety Helmet lagi tu..Cuba korang renung gambar ni..Cantik kan..Memancing di celah2 pokok Kelapa Sawit..Yang kat tepi tu Restoran..Bukak Karaoke punyalah kuat tapi ikan Haruan kat sini buat tak tau je..Lalu umpan depan mata dia belasah jugak walapun Lagu dipasang dengan kuat..

Wak Meran pun Kaki Pancing jugak cuma slow sket sebab dia dah berkeluarga..Amacam?..Macho tak dia posing macam ni?..

So Casting kali ni kami dapat 5 ekor..Saya dapat 2 ekor je yang 300gram dan 250gram..Wak Meran dapat yang 800gram, 400gram dan 200gram..Semuanya saya bawak balik bagi pada kawan2 yang mengidam..Kebiasaannya ikan Haruan dicari apabila seseorang tu ada luka dalaman lepas bersalin ke atau lepas operation ke sebab ikan ni mengandungi :
  • Kandungan asid amino dan lemak dari ikan haruan dapat membantu memulihkan parut luka dengan lebih cepat. Ianya bagus untuk sakit gastrik.
  • Mengandungi Vitamin A yang dapat membantu meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi antioksidan untuk melambatkan proses penuaan.
  • Kandungan asid arasidonik yang juga tinggi dapat membantu penumbuhan sel-sel baru.
  • Kandungan Kologen dalam ikan haruan adalah tinggi. Ia mampu membantu mengekalkan kulit sentiasa muda.
  • Glycine dalam ikan haruan (Asid Aspartik dan Glutamik) adalah sebahagian daripada komponen kologen dalam sel kulit manusia. Komponen ini dapat membantu pengeluaran semula molikul protein yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Kajian juga menunjukan ikan haruan dapat membantu mengurangkan sakit selepas pembedahan selain mempercepatkan luka dalaman..
Saje je ni posing dengan ikan Haruan yang berjaya dijinakkan oleh Wak Meran..

Sape2 yang selalu memancing dan amik gambar mesti selalu noticed yang mata kita nampak ikan tu besar tapi dalam gambar alahai macam kecik aja..Apa pun yang penting kepuasan melayan henjutan ikan tatkala Mata Kail tertacap di bibirnya..

Ni gambar diambil sebelum balik..Saje je nak habiskan bite dalam Kamera..Sejak saya duduk di Banting, inilah port Haruan yang agak baik..Jarang pulang dengan tangan kosong..Puyu, Sepat pun banyak kat sini..

Ikan yang dibawa balik, saya basuh dahulu sebelum proses seterusnya..

Proses selepas membasuh adalah menyimpannya di dalam Peti Ais..Hehehehehe..

Maka penuhlah Peti Ais dengan ikan yang dipancing..So until next time..Salam ceria dan bahagia..Let's go Casting..

8 comments:

nur mohd ridzuan said...

salam bro port kat mana ni? sy dgn kwn kwn teringin gak nak try rasa haruan mkn umpan hehehe kami ni student kolej kat banting ni.. tu yang tak tau mana port nak layan haruan ni hehe harap bro membantu la ek hehe tq

ALoNgFaiSaL said...

Salam bro..Port ni kat area Kem PLKN Jugra..Depan2 tu je..Situ memang banyak Haruan..Sekian..

Hsieng said...

boleh ringkas sikit ?
saya minat pancing ikan haruan.
kat mana tempat itu ?

Hsieng said...

maaf..saya duduk di sungai petani.
port itu jauh ke dari sungai petani ?
di sg petani, encik tau mana ada tempat untuk pancing ikan haruan ..
nak besar besar tau...:)

jai caster said...

salam....port tu kat kg kelanang.bersebelahan dengan kolam udang..hehehe..sya dah pnh mancing kat situ...ikan boleh tahan walaupun x brape bagak tp tetap myengat..

Unknown said...

bro i orang melaka boleh cik bantu port haruan ni ke?

Unknown said...

Ini tempat dekat sungai petani kan dekat mana

vardhamanvacchiano said...

Wynn Hotel and Casino - Mapyro
Find 충청남도 출장안마 Wynn Hotel and Casino locations, rates, amenities: expert Las 대구광역 출장마사지 Vegas research, only at Hotel and Travel Index. Realtime driving directions to 속초 출장안마 Wynn Hotel 화성 출장마사지 and Casino, 부산광역 출장샵