13 October 2010

Majlis Kenduri Perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan hormatnya saya menjemput sahabat-sahabat ke majlis kenduri perkahwinan saya dan Isteri saya di tempat dan masa yang berikut:




Semoga dengan kehadiran saudara serta sahabat sekalian beserta doa kalian akan memudahkan segala urusan dan diberkati ALLAH sentiasa..Amin..


" Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu, namun tak pula aku sanggup keNerakamu, kamilah hamba yang mengharap belas darimu, Ya Allah jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa, ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "


25 May 2010

Casting pada 15.04.2010


Salam 1 Casting..

Ni masa Casting di port biasa pada 15.04.10..Dah lama jugak tak update blog ni..Sibuk dengan macam2 hal..

Ikan pertama yang berjaya didaratkan..Haruan 250gram..Cayalah..

Sejengkal lebih ikan ni diukur dengan tangan kiri Gue..

Ikan bersama kekili Daiwa Jupiter dan Rod Suntech..

Hahahahaha dah takde keje amik gambar ikan dengan kaki..Nampaknya ikan tu lebih panjang dari tapak kaki Ana..

Ikan ke 2 dengan berat yang sama dengan ikan pertama..Kedua2 ekor ikan ni saya bawak balik sebab ada orang nak bela ikan2 ni..Jumpa lagi..


13 May 2010

Trip Kelong Kupang Klanang..


Salam kepada semua..

Post ni nak cerita pasal Trip Kelong Kupang Klanang..Trip kali ni dihadiri oleh 6 orang jejaka yang tak kurang hensemnya..Trip pada 28.03.2010 (Sabtu) ni sebenarnya nak buat Sabtu malam Ahad tapi memandangkan kami lambat booking so terpaksalah pindah ke Sabtu siang..Saya dan Wak Meran dari Banting dah 4 orang lagi kengkawan baru daripada Shahalam..Pukul 7:30 saya dan Wak Meran, gerak dari rumah ke Jeti Klanang..

Sebelum ke Jeti, kami singgah di kedai membeli bekalan yang perlu..12 jam nanti atas Kelong tu so kena lah prepare barang2 makan dan yang difikirkan perlu..Pada sape2 yang rajin bleh jugak if nak bawak dapur..Dapat je ikan terus convertkan jadi lauk..Huhuhuhu..

Setelah load barang ke dalam boat, dalam 9:15 kami gerak ke Kelong..Perjalanan hanya dalam 30minit menggunakan bot 24 kaki panjang X 6 kaki lebar..Campur dengan Tekong, bot tu ada 7 orang lah..Sampai kat Kelong Kupang Klanang, kami pun unpack barang dan prepare untuk memancing..Gambar kat atas dan bawah ni adalah ikan pertama yang dinaikkan oleh sahabat kita yang berbaju putih tu..Wak Meran pulak tolong unhookkan Mata Kail..Best best..

Macam yang saya pernah sentuh sebelum ni dalam post, kalau yang jenis khusyuk memancing, memang tak fikir nak amik gambar..Yang lain tak berapa nak ambil pusing pun pasal bergambar..Saya je yang amik, tu pun sikit2 aje..Sahabat kita bertopi kelabu tu happy sangat dapat sentapan ikan..Tau2 yang dinaikkan, ikan Buntal yang macho..Hehehehehe..

Trip kali ni banyak jugak dapat ikan seperti ikan Tanda, Talang, Bawal dan macam2 lagi cuma saiznya agak mengecewakan..Saya pulak punya seronok first time mancing di Kelong dah tak fikir apa dah redah je..Hasilnya kulit kemerah-merahan (walaupun saya gelap).2 hari terasa panas je muka ni dan lepas trip, habis kulit mengelupas..Adoi lah..

Sebulan lepas tu terus saya beli topi ni sebab nak elakkan kulit panas dan mengelupas..Hopefully lepas ni if ada trip lagi, takdelah jadi lagi ek (nak pakai sun block tak suka plak)..Hehehehe..
So kita jumpa lagi lepas ni ya..Mancing jom..







Haruan Dihatiku..Hehehehe..


Salam & Ohaiyo gozaimaz..

Macam biasa, balik keje saya kalau takde ape2 program, akan ke Kedai Ikan, beli Katak untuk buat umpan Casting Haruan..Pada 11.03.2010 (Khamis), lepas balik keje, terus saya ke port baru yang lebih dekat dari port biasa..Port ni memang betul2 celah2 pokok Kelapa Sawit..Banyak alur2 kat sini yang airnya kehijaun dan penuh dengan lumut..

Casting punya Casting, lepas dalam 6 balingan, satu sambaran sederhana berlaku..Sentapan yang dibalas, berjaya menaikkan seekor ikan Haruan 300gram..Yahooo...

Then Castingan diteruskan dan seekor lagi Haruan 300gram berjaya dijinakkan dengan jayanya..Ok jugak port ni cuma agak tersorok ke dalam so if jadi apa2 masalah jugak kan..Ikan2 yang diCasting tu saya bawak balik sebab ada Rakan Sekerja nak buat lauk..

Pada hari yang berikutnya, saya ke Jeti Tongkah untuk meninjau2 keadaan kat sana..Mana lah tau ada port yang baik punya..So saya jumpa port ni..Macam best kan..Tapi belum cuba sebab tujuan saya ke Jeti nak beli Udang..So hopefully kita akan jumpa dalam post yang akan datang (Trip ke Kelong)..Salam sejahtera..





Menjaring Puyu dan Sepat..


Salam..

Pada post Casting Haruan sebelum ni ada saya ceritakan kat port tu ada jugak ikan Puyu dan Sepat..22.02.2010 masa Casting Haruan, saya terserempak dengan sorang Abg ni, dia menjaring ikan..Lepas sembang2 dengan dia (Casting kali ni saya x dapat ikan) rupanya dia pun perantau macam saya..Asal Kelantan dan menetap di Banting lepas kawin dengan orang sini..Memang parttime dia ni menjaring ikan..Dalam bekas Abg tu simpan ikan yang dijaring, ada 4 ekor ikan Puyu..Dia ni minat Sepat je untuk dijadikan Pekasam (makanan special orang utara) so Puyu2 tu dia offer pada saya secara Freeee..
Ini lah rupenya ikan Puyu yang Abg tu bagi pada saya..Tengah loadkan ikan du dalam plastik yang saya bawa, dia offer pulak 3 ekor ikan Sepat..Untuk tidak menolak rejeki, saya pun bawak balik ikan2 tu ke rumah..Sebelah malamnya, saya pass ikan2 tu pada rakan sekerja..Korang mesti pelik kenapa tak saya je yang makan ikan2 tu?..Dalam Peti Ais, banyak lagi lauk so apa salahnya sedekah pada kawan2 atau jiran2..


Ni saje nak menunjukkan saiz ikan Puyu yang dibawa balik..Besar2 jugak tapi pernah saya tengok satu iklan kat mudah.my ada satu bro ni jual ikan Puyu Pekasam..Puyu dia sekor2 400gram..Mak aih besarnya..Dia gelar ikan tu ikan Puyu Bata..Bawah ni ada pic dia dengan iklan2 tu sekali..Pada sapa2 yang minat nak cuba, call lah ya..

Benih puyu serta pekasam puyu kubang paya  - Image


Kami menyediakan/membekal/meghantar benih puyu BATA seperti dalam gambar dan juga menyediakan pembekalan dengan kapasiti yang kecil/banyak mengikut keperluan.
Semua dipacking dan pengeluaran di Kubang Paya Perlis dan boleh dihantar ke seluruh Malaysia mengikut permintaan;
Saiz pekasam mengikut kehendak pelanggan dan anggaran terkini 2 ekor seberat 400gram. Bagi penjualan pasar malam/kedai makan boleh membuat tempahan mengikut saiz keperluan anda.
Sebarang pertanyaan sila berhubung di 013-4809662 atau tinggalkan sms untuk urusan perbincangan.
PASARAN BARU DAN CONFIRM SEDAP,...RASA BARU TAU!

Letak gambar ni sebab inilah makanan ringan favorite saya yang sudah tentunya terhasil dari Ikan..So sampai sini aje untuk posting kali ini..Sebarang komen dan cadangan sangat dialu2kan..Jumpa lagi....



Haruan lagi..


Salam Kaki Pancing..

Pada 08.02.2010 saya ke port biasa ikan Haruan dengan harapan Atuk Haruan (2kg ke atas) menyambar umpan yang diCasting..Tiap kali memancing saya bawak 5 ekor katak je sebab selalunya mancing lepas balik keje pukul 5pm..Lepas solat Asar, saya akan ke port2 biasa dan Casting sampai pukul 7..

Baru Casting 3 kali je sekor Haruan seberat 300gram menyambar umpan..Kecebur....Air berkocak..Maka setelah dibiarkan beberapa saat, satu henjutan balas dilakukan..Debush debush bunyi air berkocak menandakan ikan dah sangkut pada Mata Kail dan sedang berusaha keras untuk melepaskan diri..Hehehehe..

Gambar diatas dan yang ini menunjukkan betapa hensemnya ikan Haruan tu daripada orang yang mengailnya..Hehehehe..

Setelah dilepaskan dari mata kail maka inilah gambar ikan itu tengah merehatkan diri di celah kaki si Pemancing setelah penat bertarung..Tah hape je saya tulis ek..So Casting kali ni saya dapat 2 ekor ikan Haruan yang kedua2nya bersaiz 300gram..Saya bawak balik ikan ni kerana ada permintaan dari kengkawan untuk menjadikannya santapan istimewa..Huhuhuhu..
Ni pic saje je suka2 amik..Sebenarnya kalau korang pegi mancing, terutamanya pada yang jenis menumpukan sepenuh perhatian, memang susah nak amik gambar..Selalunya memancing sorang2 so sape lah yang nak tolong amikkan gambar kan..Main belasah je..Gambar ni diambil menggunakan Kamera Kodak..Siap guna tripod lagi..Huhuhuhuhu..

Gambar ni saya ambil sebelum ikan2 ni dipasskan pada kawan2 yang dah order ikan ni..Setakat ni saya jarang jual pada sapa2 pun..Selalunya main bagi je sebab modal tak banyak pun kalau Casting..Pada sapa2 yang pernah Casting Haruan share2 lah info ya..Kalau nak storynya masuk kat blog ni pun boleh..Email je saya..mohdfaisal.mohdnajib@gmail.com..Sayonara...

Casting Haruan..


Salam casting..

Dah lama sebenarnya saya ni minat memancing..Darjah 2 dah mancing kat Paya belakang rumah..Umpannya nasi dan mata kailnya sangat special..Pakai Dawai Kokot (Stepler)..Huhuhuhu..Dapat jugak anak2 ikan lampam dan puyu..So posting kali ni seperti biasa berkaitan dengan minat saya dalam Arena Kaki Pancing..

Casting ikan Haruan memang sangat2 popular bagi Kaki Pancing ikan darat terutamanya pada kaum Cina..Memang yang Otai2 kat tempat saya ni pun orang Cina..Yang bestnya ikan Haruan ni kat ceruk mana pun ada..Ketahanan dia memang superb..Pernah saya bawak ikan Haruan dari Sungai Petani ke Shahalam..5 jam tu dengan air yang sangat sedikit tapi still ikan Haruan tu berenang dengan gagah bila dilepaskan dalam air..Kat atas ni gambar port ikan Haruan saya..Port ni memang best dan ramai Kaki Pancing layan Casting kat sini..Rekod saya kat sini 920gram aje..Ade yang cakap seseorang penah dapat ikan Haruan cecah sampai 3.2kg kat sini..Betul lah kot..

Korang mesti pelik kan..Ni sapa lah pulak..Ni Wak Meran, orang yang bertanggugjawab memperkenalkan port Haruan ni pada saya..Ha tengok gaya dia Casting tu..Siap pakai Safety Helmet lagi tu..Cuba korang renung gambar ni..Cantik kan..Memancing di celah2 pokok Kelapa Sawit..Yang kat tepi tu Restoran..Bukak Karaoke punyalah kuat tapi ikan Haruan kat sini buat tak tau je..Lalu umpan depan mata dia belasah jugak walapun Lagu dipasang dengan kuat..

Wak Meran pun Kaki Pancing jugak cuma slow sket sebab dia dah berkeluarga..Amacam?..Macho tak dia posing macam ni?..

So Casting kali ni kami dapat 5 ekor..Saya dapat 2 ekor je yang 300gram dan 250gram..Wak Meran dapat yang 800gram, 400gram dan 200gram..Semuanya saya bawak balik bagi pada kawan2 yang mengidam..Kebiasaannya ikan Haruan dicari apabila seseorang tu ada luka dalaman lepas bersalin ke atau lepas operation ke sebab ikan ni mengandungi :
  • Kandungan asid amino dan lemak dari ikan haruan dapat membantu memulihkan parut luka dengan lebih cepat. Ianya bagus untuk sakit gastrik.
  • Mengandungi Vitamin A yang dapat membantu meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi antioksidan untuk melambatkan proses penuaan.
  • Kandungan asid arasidonik yang juga tinggi dapat membantu penumbuhan sel-sel baru.
  • Kandungan Kologen dalam ikan haruan adalah tinggi. Ia mampu membantu mengekalkan kulit sentiasa muda.
  • Glycine dalam ikan haruan (Asid Aspartik dan Glutamik) adalah sebahagian daripada komponen kologen dalam sel kulit manusia. Komponen ini dapat membantu pengeluaran semula molikul protein yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Kajian juga menunjukan ikan haruan dapat membantu mengurangkan sakit selepas pembedahan selain mempercepatkan luka dalaman..
Saje je ni posing dengan ikan Haruan yang berjaya dijinakkan oleh Wak Meran..

Sape2 yang selalu memancing dan amik gambar mesti selalu noticed yang mata kita nampak ikan tu besar tapi dalam gambar alahai macam kecik aja..Apa pun yang penting kepuasan melayan henjutan ikan tatkala Mata Kail tertacap di bibirnya..

Ni gambar diambil sebelum balik..Saje je nak habiskan bite dalam Kamera..Sejak saya duduk di Banting, inilah port Haruan yang agak baik..Jarang pulang dengan tangan kosong..Puyu, Sepat pun banyak kat sini..

Ikan yang dibawa balik, saya basuh dahulu sebelum proses seterusnya..

Proses selepas membasuh adalah menyimpannya di dalam Peti Ais..Hehehehehe..

Maka penuhlah Peti Ais dengan ikan yang dipancing..So until next time..Salam ceria dan bahagia..Let's go Casting..

11 May 2010

Woow!! Pesta Ketam..


Haloooo Malaysia..

Ketam bang Ketam..Agak2 korang berapa sekilo Ketam kalau beli kat kawan saya ni?..Rm8 je bang maximum..Kalau kat Pasar kompom Rm15 ke atas..So sape2 nak Ketam roger2 saya k..Tapi jangan ramai sangat sebab budak tu cari Ketam part time aje..Hehehehe..

Saya panggil dia Adik je..Umur dia dalam 20 lah kot..Memang terrer jaring Ketam..Tapi macam biasa lah Ketam ni ada sepanjang tahun cuma bila betul2 musim memang banyak sey..

Saje je saya suruh dia posing lebih2 sket..Ni dia tak tau saya masukkan gambar dalam blog..Kalau dia tau macam mana?..Habis saya kena kepit dengan Pengepit Ketam tu..Adoi adoi (memang penah kena pun) sakit ooo...

Well kalau rajin usaha dah tentu ada hasil kan..Ni kira hari bertuah Adik lah sebab sekali kutip Ketam kat Jaring je dah dapat 8kg lebih Ketam..Agak2 berapa lah hasil jualannya?..Kira lah ya kalau sekilo Rm8, so if 8kg Rm baper??..

Eh Dik..Ko nak jual ke nak makan Ketam tu? Hehehehe..Yang kat belakang tu customer tetap Adik..Agak2 cukup ke 8kg lebih yang dia dapat tu?..Tak cukup korang oi..Permintaan masa tu 15kg..So Adik cuma jual pada yang tempah awal je..Bagus budak ni sebab dia pakai FCFS (First Come First Serve)..Huhuhuhuhu..

Sebenarnya dia posing lebih2 kat atas tu sebab Ketam tu sekor je paling beso..Kira susah nak dapat besor2 macam tu jadi bila dapat macam dapat bonus la..So Ketam untuk hari ni habis terjual..Alhamdulillah rejeki Adik murah hari ni..Kalau korang nak tau, sehari semalam aka 24jam = 2 kali air surut, Adik penah dapat 24kg Ketam..Tapi tak selalu lah kan..So hopefully Adik akan berjaya dalam keje Hakiki dan keje Parttime dia ni..Salute..

Membuka Tirai 2010..


Salam Tahun Baru 2010..

Mungkin dah lambat sebab bulan 5 baru nak ucap Salam Tahun Baru 2010 tapi apa bleh buat, saya lambat buat blog..Hehehehe..Anyway saya buka tirai 2010 dengan Menyungkur pada 03.01.2010..

Sebab dah lama tak Menyungkur jadi cepat letih so hasilnya tak banyak tapi cukup untuk buat Lauk selama Sebulan..Hehehehe..

Ni amik gambar close up sket pada Ketam dan Anak2 Ikan..Lumayan tu kalau pegi Menyungkur sebab bukan setakat Udang dan Ketam, kadang2 Ikan pun banyak..Penah saya Menyungkur dapat Ikan Pari, Siakap, Senangin dan macam2 lagi..
Diam tak diam dah hampir Setahun Setongah saya mencari Lauk dengan Menyungkur..Macam2 dah saya lalui..Sungkur terlangkup atas kepala, kena sengat Ikan Duri..Memang pengalaman yang sangat sangat sangat berharga..Susah nak dapat pengalaman macam ni kalau tak mencari dan mencuba..


Tiap kali turun Alhamdulillah tak penah saya balik dengan tangan kosong..Paling kurang pun Udang 1kg dengan Ketam 1kg..Walaupun penat Menyungkur tapi bila tengok hasilnya masa kemas2 kat rumah, sejuk mata dan perut memandang dan sebab tu lah agaknya sejak tukar kerja, saya dah naik 10kg lebih..Wahahahaha gemok wei...
Ni hasil Udang Kertas untuk kali ni..Cuma 300gram tapi Alhamdulillah rejeki ni..Rejeki..Hehehehe..
Udang Geragau pun saya sapu..Marah kakak tepi Pantai tu..Nak tau apa tujuan amik Udang yang kecik2 ni?..Apa?..Belacan?..On tidak..Saya buat Cucuq Udang..Sedap wa cakap lu..Cuba ya..
Hah ini hasil yang utama kali ni..1.5kg Ketam Bunga yang remaja..Nak yang besar2 kena naik sampan sebab dia menetap di air yang dalamnya 3depa ke atas..Menyungkur ni cuma boleh redah air paras pinggang je..Kalau lebih dari piggang susah sket..Macam mana nak explain ek..Kena cuba menyungkur lah baru tau kenapa..Menyungkur memang best..Sayonaraaaa...