03 January 2011

Kolam Ikan Air Tawar..


Salam semua..Dah lama tak update blog ni..Malas sket..

 Saya tak berapa pegi sangat kolam memancing ni sebab takde geng..Lagipun kalau mancing ikan darat, lebih suka casting Haruan ke Toman ke..Anyway tersebutlah kisah bahwa pada 21&22.04.2010 maka saya dan PakcikLie aka AbgLie pegi le ke Kolam Memancing Said di Sungai Lang, Banting..

Inilah hasil pertama memancing disini..Patin 700gram pada 21.04.2010..Huhuhuhu..
Esoknya nak lepaskan gian sebab semlm dapat seko je so pada 22.04.2010, kami repeat seround lagi..Beberapa kali rabut namun akhirnya diserang patin 2.8kg..First time dapat patin lebih dari 1kg..Seronot wei seronot..


Maka AbgLie pun bergambar bersama Patin seekor itu..Mancing sejam lebih je malam 22.04.2010 ni..


 Ikannya dijadikan model untuk tatapan rakan2..Hehehehe..
*Ikan dibawa balik dan dipotong2 lalu disedekahkan kepada jiran2 gue..




13 October 2010

Majlis Kenduri Perkahwinan..

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan hormatnya saya menjemput sahabat-sahabat ke majlis kenduri perkahwinan saya dan Isteri saya di tempat dan masa yang berikut:




Semoga dengan kehadiran saudara serta sahabat sekalian beserta doa kalian akan memudahkan segala urusan dan diberkati ALLAH sentiasa..Amin..


" Wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu, namun tak pula aku sanggup keNerakamu, kamilah hamba yang mengharap belas darimu, Ya Allah jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa, ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "


25 May 2010

Casting pada 15.04.2010


Salam 1 Casting..

Ni masa Casting di port biasa pada 15.04.10..Dah lama jugak tak update blog ni..Sibuk dengan macam2 hal..

Ikan pertama yang berjaya didaratkan..Haruan 250gram..Cayalah..

Sejengkal lebih ikan ni diukur dengan tangan kiri Gue..

Ikan bersama kekili Daiwa Jupiter dan Rod Suntech..

Hahahahaha dah takde keje amik gambar ikan dengan kaki..Nampaknya ikan tu lebih panjang dari tapak kaki Ana..

Ikan ke 2 dengan berat yang sama dengan ikan pertama..Kedua2 ekor ikan ni saya bawak balik sebab ada orang nak bela ikan2 ni..Jumpa lagi..


13 May 2010

Trip Kelong Kupang Klanang..


Salam kepada semua..

Post ni nak cerita pasal Trip Kelong Kupang Klanang..Trip kali ni dihadiri oleh 6 orang jejaka yang tak kurang hensemnya..Trip pada 28.03.2010 (Sabtu) ni sebenarnya nak buat Sabtu malam Ahad tapi memandangkan kami lambat booking so terpaksalah pindah ke Sabtu siang..Saya dan Wak Meran dari Banting dah 4 orang lagi kengkawan baru daripada Shahalam..Pukul 7:30 saya dan Wak Meran, gerak dari rumah ke Jeti Klanang..

Sebelum ke Jeti, kami singgah di kedai membeli bekalan yang perlu..12 jam nanti atas Kelong tu so kena lah prepare barang2 makan dan yang difikirkan perlu..Pada sape2 yang rajin bleh jugak if nak bawak dapur..Dapat je ikan terus convertkan jadi lauk..Huhuhuhu..

Setelah load barang ke dalam boat, dalam 9:15 kami gerak ke Kelong..Perjalanan hanya dalam 30minit menggunakan bot 24 kaki panjang X 6 kaki lebar..Campur dengan Tekong, bot tu ada 7 orang lah..Sampai kat Kelong Kupang Klanang, kami pun unpack barang dan prepare untuk memancing..Gambar kat atas dan bawah ni adalah ikan pertama yang dinaikkan oleh sahabat kita yang berbaju putih tu..Wak Meran pulak tolong unhookkan Mata Kail..Best best..

Macam yang saya pernah sentuh sebelum ni dalam post, kalau yang jenis khusyuk memancing, memang tak fikir nak amik gambar..Yang lain tak berapa nak ambil pusing pun pasal bergambar..Saya je yang amik, tu pun sikit2 aje..Sahabat kita bertopi kelabu tu happy sangat dapat sentapan ikan..Tau2 yang dinaikkan, ikan Buntal yang macho..Hehehehehe..

Trip kali ni banyak jugak dapat ikan seperti ikan Tanda, Talang, Bawal dan macam2 lagi cuma saiznya agak mengecewakan..Saya pulak punya seronok first time mancing di Kelong dah tak fikir apa dah redah je..Hasilnya kulit kemerah-merahan (walaupun saya gelap).2 hari terasa panas je muka ni dan lepas trip, habis kulit mengelupas..Adoi lah..

Sebulan lepas tu terus saya beli topi ni sebab nak elakkan kulit panas dan mengelupas..Hopefully lepas ni if ada trip lagi, takdelah jadi lagi ek (nak pakai sun block tak suka plak)..Hehehehe..
So kita jumpa lagi lepas ni ya..Mancing jom..







Haruan Dihatiku..Hehehehe..


Salam & Ohaiyo gozaimaz..

Macam biasa, balik keje saya kalau takde ape2 program, akan ke Kedai Ikan, beli Katak untuk buat umpan Casting Haruan..Pada 11.03.2010 (Khamis), lepas balik keje, terus saya ke port baru yang lebih dekat dari port biasa..Port ni memang betul2 celah2 pokok Kelapa Sawit..Banyak alur2 kat sini yang airnya kehijaun dan penuh dengan lumut..

Casting punya Casting, lepas dalam 6 balingan, satu sambaran sederhana berlaku..Sentapan yang dibalas, berjaya menaikkan seekor ikan Haruan 300gram..Yahooo...

Then Castingan diteruskan dan seekor lagi Haruan 300gram berjaya dijinakkan dengan jayanya..Ok jugak port ni cuma agak tersorok ke dalam so if jadi apa2 masalah jugak kan..Ikan2 yang diCasting tu saya bawak balik sebab ada Rakan Sekerja nak buat lauk..

Pada hari yang berikutnya, saya ke Jeti Tongkah untuk meninjau2 keadaan kat sana..Mana lah tau ada port yang baik punya..So saya jumpa port ni..Macam best kan..Tapi belum cuba sebab tujuan saya ke Jeti nak beli Udang..So hopefully kita akan jumpa dalam post yang akan datang (Trip ke Kelong)..Salam sejahtera..