07 May 2010

Trip Ke Pulau Tioman 2008..


Salam semua..
Kali ni nak cerita pasal trip percutian keluarga ke Kampung Mukut, Pulau Tioman pada bulan May 2009..Tripnya 3 hari 2 malam..Saya rasa lebih kurang 33 orang join tapi tak ingat secara detailnya tapi yang confirmnya lebih dari 30 orang lah..Kami bertolak dari Bangi sebelas Subuh dan sampai di Jeti Mersing dalam pukul 11 pagi lebih sket..Siap keluarkan barang dari kereta masing2, kami rehat kejap then naik bot ke Kampung Mukut..Sampai kat sana, mula2 check-in ke Chalet yang telah ditempah..Rasanya dalam 12 Chalet kot yang kami guna (to anyone yang join hari tu please correct me if I'm wrong)..So kat bawah ni adalah beberapa keping gambar yang diambil masa trip tu..Sempat jugak pegi memancing..Hehehehehe..

 Ni posing kat luar Jeti Mersing masa tengah unload barang dari kereta untuk naik bot..

 
 Lepas siap load barang kat Jeti Mersing, kami berehat dan lunch dulu sementara menati bot tiba..

Ni gambar Bot yang kami naik dari Jeti Mersing ke Kampung Mukut, Pulau Tioman..Dua tingkat..

Posing ramai2 kat atas bot masa on the way ke Kampung Mukut..Cantik permandangan dari atas bot tu dan angin dia sepoi2 sajak kata Cikgu Bahasa..Hehehehe..

 Sampai kat Jeti Kampung Mukut, saya sempat posing kat Jeti tu sebablaut dia puhhhh cantekkk wa cakap lu..Nengok ke dalam gambar tu..Air dia hijau dan jernih..Nak aje saya terjun berenang..Sabo sabo..

Malam lepas dah siap mandi & makan, saya sempat test memancing kat Jeti Kampung Mukut..Ikan kecik2 je yang ada..Kat sebelah hujung Jeti tu yang ada makcik sorang tu, ramai yang mencandat Sotong..Ade lah dapat dalam 2, 3 eko je..Apa pun memang susah nak dapat tempat candat Sotong tepi Jeti aje..

Esok paginya, bersantai jap kat tepi pantai..Memang best betul landing kat buai tu sambil menghirup angin pagi ditemani pemandangan yang indah..Sampai ngantuk dibuatnya..Huhuhuhuhu..

Malam malam yang disediakan pihak Chalet tu memang mantapppp tahap 5 bintang..Tengok lah gambar Udang Karang, Udang Ketam, Ketam Bunga dan Udang dalam gambar2 tu..Sampai sengkak perut saya makan semua tu..Memang classss lah..

Makan jangan tak makan..Aummmm..

Yang bestnya Kampung Mukut ni, kat belakang Chalet tu ada sungai yang sejuk mengalir sementara kat depan Chalet, dah tentulah pantai yang indah dan jernih..Sangat2 puas kami mandi kat sana..Kejap sungai, kejap pantai then balik ke sungai..Ramai yang kena sunburn..Pulak tu air dalam Chalet memang dipam terus dari sungai..Sejuknya sampai ke tulang..Dalam trip ni, kami sempat jugak melawat Taman Laut dan ke Terumbu2 Karang yang ada di Pulau2 kecik on the way balik dari Taman Laut..Kami snorkeling sampai letih..Cantik sangat dengan air yang jernih, Terumbu Karang yang pelbagai dan yang paling saya geram kat Taman Laut tu banyak ikan tapi x boleh memancing..Adoi lah..Hehehehehe..

Gambar PakUda dengan Kerapu yang berjaya dipancingnya..

Apa pun Tekong jugak yang Otai..Pakai Koyan je,,Banyak dapat ikan..

Sengih je mamat yang pakai baju biru tu sebab dia lah yang paling banyak dapat ikan..Huhuhuhu..Banyak jenis ikan yang dapat dinaikkan ..Ada Kerapu, Merah, Cemin, Kerisi dan macam2 lagi lah..Semua ikan yang dipancing diconvertkan jadi lauk sebelah malamnya..Ikan Bakar..Hehehehe..

Posing beramai2 kat pintu masuk ke Chalet sebelum balik..Sedih nak tinggalkan Kampung Mukut ni..Memang masuk sangat dengan jiwa saya..Ikan, Laut, Ikan, Laut..Hihihihihi..


Masa ni tengah tunggu bot di Jeti Kampung Mukut untuk bertolak balik ke Jeti Mersing..Segala kenangan yang ditempuhi bersama2 semua keluarga adik-beradik sebelah Mama akan ku kenang ke akhirnya..Moga berkesempatan lagi ke Pulau Tioman..Sekian..

1 comments:

Strept Akiera said...

kampung mukut ni kat bahagian pantai ke?
kos seorang utk kesana dlm bape.. sewa shalet ngan pakej2 dia skali. kecuali kos perjalanan bangi-jeti mersing