11 May 2010

Trip Klanang II..


Salam Pancingan..

Lepas Trip Klanang I yang agak Kumpau tu, kami pun (VAT geng dan lain2) buat Trip repeat atas ketidakpuashatian kerana ketidakbanyaknya ikan untuk Trip tu..Trip kedua ni guna bot yang sama beserta tekong dan awak2 yang sama..Kami cuma berlapan je kali ni..

Gambar ni menunjukkan PakBarau sedang berborak sakan dengan kawan2 baru yang join Trip Klanang II ni..Nun di kejauhan nampak Bukit Jugra yang tersergam gagah..

Nampak tak Mamat yang pakai Baju Kelabu tu?Saya x tau nama dia tapi PakBarau panggil Panjang je..Rasanya dia baru kali pertama join Trip ke Laut kot sebab lepas je Bot melabuhkan Sauh, mancing kejap then dia dah pening2..Dalam sejam lepas tu apa lagi, muntah2 ler beb..Trip ke laut memang biasa kalau orang mabuk laut..Alhamdulillah saya setakat ni ok lagi lah..X tau lah akan datang..Apa pun jangan Cakap Besar dan Riak Takabur..Nanti dapat balasan Cash..Hehehehe..

Apa yang menariknya Trip kali ni disertai oleh Abg Angkat saya En Anuar yang didatangkan khas dari Puchong..Hehehehe..Dia ni bekas Nelayan selama 7 tahun di Kelantan and then atas sebab2 tertentu dia berenti jadi Nelayan dan masuk Arena Perkilangan..Skang still lagi keje kat Kilang..Anak dah 6 ni..

Macam Trip Klanang I, Trip Klanang II ni pun Kumpau jugak..Dah sehabis daya mencuba tapi takdok hasil yang besar mahupun banyak..Lepas Trip ni saya dah tak turun mancing di Laut area Klanang naik bot..Tak syok le mancing takde ikan tapi sebenarnya itu atas pada Rejeki..Kalau dah memang takde Rejeki, buat lah macam mana pun memang tak dapat..Kalau time tu diturunkan-NYA Rejeki (sebutan Jawa) yang melimpah ruah, tak larat nak mancing dah beb..Lenguh tangan..Huhuhuhu..

Trip Klanang I..


Salam kepada semua..

Macam Kaki Pancing yang lain, tak sah kalau tak buat trip dengan kawan2..Ni trip March 2008 yang dianjurkan oleh Volvo Angler's Team (VAT) di Pantai Klanang..Mula2 tak kenal sangat Abg Volvo's kita tu masa dalam trip..Lepas habis trip surf internet rupanya famous jugak VAT dan Abg Volvo's dalam Dunia Kaki Pancing..Apa pun tahniah pada beliau dan teruskan menjadi Kaki Pancing..Hehehehe..

Saje amik pic depan kete sape tah sebelum naik bot..Rasanya gambar ni amik masa baru je sampai kat Jeti Klanang..

Ni gambar dengan Wak Parjo lepas unload barang dari dalam kereta..Wak Parjo sempat sms "orang rumah" bagi tau dah sampai Jeti..Hikhikhik..
Gambar sekitar tempat parking bot di Jeti Klanang..

Ha ni gambar nak tunjuk jalan keluar ke muara sungai sebelum ke laut..Banyak parking bot yang kosong sebab Nelayan turun menangkap ikan..

Tengok bot banyak2 ni teringin pulak nak ada bot sendiri..Dapat bot 24kaki bergandingan dengan enjin sangkut 40Hp ke jadi lah kan..Bleh pegi memancing dalam 4 ke 5 orang satu bot..Adakah akan jadi kenyataan??..Tungguuuuuu..

Amik gambar dengan Abg Hairul lepas dah siap loadkan semua barang2 ke dalam bot..
Ni 2 orang lagi ahli trip kali ni..Maap le saya lupa nama kedua2nya..Bot ni agak besar dan ada kabin kat bawah..Kat atas pun boleh naik untuk memancing ikut tangga dalam pic tu..Trip ni kami pergi 10 orang campur dengan tekong dan awak2 sorang so jadi 12 lah..

Ni orang kuat Trip kali ni..Abang A't aka PakBarau (ingat2 lupa nama samaran tu..hehehe)..PakBarau ni salah seorang anggota VAT..Dulu keje sekali and skang ni katanya dah keje kat PutraJaya..Sy x pasti sebab dah lost contact..

Ambil gambar ni di belakang bot..Tu bukit yang tersergam indah tu nama dia Bukit Jugra..Satu2nya Bukit yang agak tinggi yang ada kat area Banting ni..Yang lain kecik2 je..Atas bukit tu ada Rumah Api yang macam biasa kegunaannya adalah untuk membantu orang dilaut untuk ke darat atau menentukan kedudukan..Tapi skang dah pakai GPS so lebih tepat nak tentukan kedudukan walaupun takde Rumah Api..Bukit Jugra tu jugak famous dengan program Paragliding sampai ke peringkat dunia..Nak tau lancut check kat sini ya..

Hah ini lah dia otai2 dari VAT..Pok Ya, Volvo`s dan Ehehehehe (lupa nama dah)..Diorang memang terror lah pasal mancing2 ni especially memancing di laut..Kalau nak tau lanjut pasal VAT korang klick kat link nama VAT di atas sekali tu ok..

Mesti korang pelik kan..Mana pulak gambar ikan ni..Kata pegi mancing ikan di laut..Trip kali ni agak Kumpau (takde rejeki)..Hehehehehe..Dapat ikan sket dan kecik2 je..Ni gambar Sotong yang berjaya di Candat..Sotong pun dapat 15 ekor je dah tu separuh telah berjaya dijadikan Umpan..Hehehehe..
Even tak dapat banyak ikan tapi best lah sebab kenal kawan2 baru..Sebelum end up post ni saje nak bagi tau yang Trip kali ni Wak Parjo jadi Hero sebab dia je naikkan ikan besar iaitu Kacang (Alu2 @ Barracuda) 4.2kg..Till next time..Daa..

09 May 2010

Memancing di Banting..


Selamat Pagi Banting..Hehehehe..

Mancing ni kena banyak sabar korang oit..Kadang tu duduk menunggu sampai 3 jam sekor pun tak dapat..Tambah pulak tempat tu baru lepas kena Tuba dan korang tak tau..Huhuhuhu..

Ada 4 Lombong besar2 kat area Banting yang saya tau..3 kat Sungai Kelambu dan 1 kat Banting Baru..Saya cuma penah sampai kat satu Lombong je belakang MegaSteel..Hasilnya ikan Talapia yang bagak2 dalam 400gram hingga ke 500gram seko2..

Saya mancing kat Lombong tu pada 24.11.2008 ni dengan kawan2..Lombong tu cantekk punya..Ikan Talapia, Keli, Haruan, Lampam, Ketutu (Haruan Bodo) dan macam2 jugak jenis ikan kat situ..Memang best cuma tempat tu takde pokok tinggi so kalau t.hari, panasnya mak aih..Terbakor kulit den..

Ni pulak hasil (Ikan Keli) yang dah jadi lauk (Keli Masak Pedas) pakai resepi AbgLie..Betul ke Masak Pedas ni..Masak Hentam kot..Hehehehe..

Gambar atas dan yang ni diambil pada 16.06.2009..Ikan tu dipancing secara kebetulan..Kami guna Mata Kail Udang dan memang tujuan asal nak mancing Udang (port yang sama dengan posting Udang Galah)..Tau2 Ikan Keli yang sangkut..So kita Alhamdulillah lah ya dapat Ikan Keli ni sebab seko Udang Galah pun tak menjelma..Thanks A Lot pada AbgLie sebab sentiasa jadi teman sepermancingan saya..
May ALLAH bless U always AbgLie..Chalooo..


Memancing Udang Galah di Banting..

 Salam Memancing..

Rupanya kat Banting ni banyak jugak tempat memancing..Setelah diselidik, ditanya dan disurvey, maka korang yang rajin akan jumpa macam2 kat satu2 tempat tu..Satu hari tu pada 13.01.2009, saya dengan kawan baik saya AbgLie pegi le ke Sungai Banting memancing Udang..Orang cakap banyak Udang kat sini so untuk membuktikan kata2 orang tu, saya kena cuba pancing lah kan..Berbekalkan Umpan Cacing dah set mancing ringan, kami pun mula memancing dalam pukul 4pm..

Dalam 5 minit je dah ada getuan pada pancing saya..Yes!! dapat Udang Galah yang boleh tahan lah saiznya..Seeloknya (base on pengalaman saya) nak mancing Udang Galah ni time air mula nak pasang..Masa tu arus akan tolak Udang ke tepi dan memang Udang cari makan tepi2 sungai je..

Lepas kali pertama memancing tu, kami (dalam gambar tu AbgLie) repeat sekali lagi pada 16.01.2009 dan 17.01.2009..Hasilnya, 25 ekor Udang Galah remaja..Takde pun yang betul2 biru sepitnya..Mane ek Udang2 tu pegi?..

AbgLie senyum dengan hasil yang lebih besar dari Udang Galah yang pertama dinaikkan dalam gambar kat atas tadi..Hehehehe suka la tu..
Ni antara Udang Galah yang berjaya dipancing oleh kami berdua..Malam tu terus buat Udang Galah Masak Pedas..3 kali tambah nasi..Hahahahaha..

Malangnya dua minggu lepas tu kami dapat berita sungai tu kena Tuba..Apa punya mangkok orang yang Menuba tu..Banyak Udang Galah mabuk dan mati..Lepas tu memang pegi mancing, seko pun tak dapat..Moralnya jangan lah Pendek Akal..Fikir untuk orang lain sama..Apa pun selamat memancing..

Pantai Klanang Dihatiku..


Salam Sejahtera & Selamat Membaca..

Pagi ni nak cerita tentang Pantai Klanang yang terletak 10km dari bandar Banting..Sebenarnya Pantai Klanang ni bersebelahan je dengan Pantai Morib cuma kurang terkenal sebab nak ke Pantai Klanang ni kena masuk dalam sikit sedangkan Pantai Morib tepi jalan je..Bagi orang2 area Banting memang lebih suka ke Pantai Klanang sebab tempatnya tak kurang cantiknya jika dibandingkan dengan Pantai Morib..

 Pantai Klanang ada 3 bahagian melalui pengamatan dan pandangan saya..

1.Jeti Klanang tempat nelayan mendaratkan ikan dan parking bot..
2.Pantai Klanang yang tersedia kemudahan seperti Surau, Wash Room, Gerai2 Makan dan Gerai2 Jualan..
3.Pantai Klanang area Tongkah tempat mencari SeaFood mcm Remis, Pepahat, Kemudi Kapal,Ketam dan lain2..


Semua gambar yang ada ni adalah di bahagian yang ke 3..Sebab saya banyak ambil gambar kat sini adalah kerana inilah tempat saya menyungkur Udang dan Ketam..


 Dulu ada sorang nelayan parking bot kat sini..Atas nasihat Jabatan Perikanan maka dia dah pindah ke Jeti Tongkah, 1km dari pantai ni..Pantai Klanang ni agak landai..Kalau air pasang besar, airnya suruh hampir 500 meter!!..Sebab tu Udang banyak kat sini..Hehehehe..


Kalau perasan kat hujung tu ada 4 orang tengah menyungkur..Hasil kat sini ikut pada musim..Kebiasaannya bulan March sampai May tiap2 tahun, Udang agak banyak diikuti dengan Ketam dari bulan May hingga Julai..Ini base on pengalaman saya lah..Kalau salah mintak maap le ye..


Kat Pantai Klanang ni banyak remis macam dalam gambar tu..Sedap kalau buat Masak Pedas ke Tumis ke cuma yang lecehnya Remis ni kecik je so kena banyak baru puas makan..Paling besar pun, sama dengan ibu jari tangan saya je..


Gambar bertarikh 27.12.2009 ni saya ambil masa seorang Nelayan part time kutip Ketam pada jaring yang dipasang..Dapat  5kg jugak Ketam..Kalau kena musim dan rezeki baik, boleh cecah sampai 15kg sehari semalam (2 kali kutip/pasang~surut)..





 Ni hasil saya menyungkur pada 31.12.2009..
Alhamdulillah Peti Ais saya dalam tahun 2009 tak pernah kosong..Mesti ada je hasil dari aktiviti menyungkur ke, mancing mahupun mejala..Selalu memang dapat banyak so, saya agih2kan pada staff tmpt keje atau jiran2..


Ni dah takde keje lah ni..Saje posing dengan Ketam sebelum Ketam tu masuk dalam kuali jadi Ketam Celup Tepung..Hehehehe..



Ni salah seorang Nelayan patrt time dengan hasil yang disungkur..Kebanyakkan orang kat sini cari hasil laut lebih kepada untuk sendiri je..Tak ramai yang buat Nelayan jadi profession tetap..Kalau korang dah biasa makan hasil laut yang fresh tambah2 yang cari sendiri, saya gerenti lepas tu dah tak nak pegi Pasar..Lain rasanya..Cubalah..


 Sebelum mengakhiri posting kali ni, saya lampirkan gambar rumah Nelayan Pantai tempat saya menyungkur..Diorang ni memang baik2 dan tak kedekut ilmu..Didoakan agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki atas usaha yang dilakukan..Jumpa di posting akan datang..Salam