13 May 2010

Menjaring Puyu dan Sepat..


Salam..

Pada post Casting Haruan sebelum ni ada saya ceritakan kat port tu ada jugak ikan Puyu dan Sepat..22.02.2010 masa Casting Haruan, saya terserempak dengan sorang Abg ni, dia menjaring ikan..Lepas sembang2 dengan dia (Casting kali ni saya x dapat ikan) rupanya dia pun perantau macam saya..Asal Kelantan dan menetap di Banting lepas kawin dengan orang sini..Memang parttime dia ni menjaring ikan..Dalam bekas Abg tu simpan ikan yang dijaring, ada 4 ekor ikan Puyu..Dia ni minat Sepat je untuk dijadikan Pekasam (makanan special orang utara) so Puyu2 tu dia offer pada saya secara Freeee..
Ini lah rupenya ikan Puyu yang Abg tu bagi pada saya..Tengah loadkan ikan du dalam plastik yang saya bawa, dia offer pulak 3 ekor ikan Sepat..Untuk tidak menolak rejeki, saya pun bawak balik ikan2 tu ke rumah..Sebelah malamnya, saya pass ikan2 tu pada rakan sekerja..Korang mesti pelik kenapa tak saya je yang makan ikan2 tu?..Dalam Peti Ais, banyak lagi lauk so apa salahnya sedekah pada kawan2 atau jiran2..


Ni saje nak menunjukkan saiz ikan Puyu yang dibawa balik..Besar2 jugak tapi pernah saya tengok satu iklan kat mudah.my ada satu bro ni jual ikan Puyu Pekasam..Puyu dia sekor2 400gram..Mak aih besarnya..Dia gelar ikan tu ikan Puyu Bata..Bawah ni ada pic dia dengan iklan2 tu sekali..Pada sapa2 yang minat nak cuba, call lah ya..

Benih puyu serta pekasam puyu kubang paya  - Image


Kami menyediakan/membekal/meghantar benih puyu BATA seperti dalam gambar dan juga menyediakan pembekalan dengan kapasiti yang kecil/banyak mengikut keperluan.
Semua dipacking dan pengeluaran di Kubang Paya Perlis dan boleh dihantar ke seluruh Malaysia mengikut permintaan;
Saiz pekasam mengikut kehendak pelanggan dan anggaran terkini 2 ekor seberat 400gram. Bagi penjualan pasar malam/kedai makan boleh membuat tempahan mengikut saiz keperluan anda.
Sebarang pertanyaan sila berhubung di 013-4809662 atau tinggalkan sms untuk urusan perbincangan.
PASARAN BARU DAN CONFIRM SEDAP,...RASA BARU TAU!

Letak gambar ni sebab inilah makanan ringan favorite saya yang sudah tentunya terhasil dari Ikan..So sampai sini aje untuk posting kali ini..Sebarang komen dan cadangan sangat dialu2kan..Jumpa lagi....



0 comments: